Thursday, February 28, 2019

Pertukaran Nama Jabatan 2019 kepada : Bahagian Pengurusan Maklumat

Jabatan kami bertukar nama lagi. Terkini (2019) ialah:

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT,
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Sila gunakan nama baru kami untuk sebarang surat menyurat rasmi seperti berikut:-

Kepada:
SETIAUSAHA BAHAGIAN,
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT,
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
TINGKAT 2, BANGUNAN SSAAS,
40503 SHAH ALAM, SELANGOR
TEL SUK : 03-55447000
FAX : 03-55191189

Friday, July 1, 2016

Selamat Datang Setiausaha Bahagian baru pada 1 Julai 2016

Selamat datang kepada PUAN FAZLINA BINTI HASHIM, sebagai SETIAUSAHA BAHAGIAN BTM pada 1 Julai 2016. Tahniah atas kenaikan pangkat puan dan ditempatkan di Pejabat SUK Selangor bagi menerajui ICT Selangor. Selamat menjalankan tugas bersama team ICT Selangor.

Friday, April 1, 2016

PPTM Baru 2016 - Selamat datang Harun Shah Bin Ahmad Ali

Selamat datang kepada PPTM F29 yang baru ke BTM, iaitu HARUN SHAH BIN AHMAD ALI. Beliau bukanlah orang baru di Selangor kerana pernah bertugas di Pejabat Daerah Petaling dan Jabatan Agama Islam Selangor. Kini kidmat beliau diteruskan di BTM ditempatkan di Team Helpdesk BTM. Selamat bertugas dan semoga sukses selalu.

Tuesday, December 1, 2015

PSU Baru BTM 2015 - Puan Nor Azian Binti Ahmad

Assalamualaikum, untuk makluman BTM ada ahli keluarga yang bau lagi bagi tahun 2015, iaitu PUAN NOR AZIAN BINTI AHMAD. Beliau ditempatkan sebagai PENOLONG SETIAUSAHA (PSU) UNIT KUALITI. Gred F41. Sebelum ini beliau bertugas di CIAST Shah Alam. Selamat bertugas diucapkan dan semoga Unit Kualiti bertambah sukses dengan kehadiran beliau. 

Salam ukhwah dan selamat maju jaya puan!

Tuesday, September 1, 2015

Ahli Baru Keluarga BTM Tahun 2015

PUAN RUZAIDAH BINTI MANSOR - kembali berkhidmat ke BTM sebagai KETUA PENOLONG SETIAUSAHA (KPSU) GRED F48. Tahniah dan selamat menjalankan tugas. Semoga pengalaman puan yang luas dalam bidang ICT dapat membantu membangunkan lagi ICT di Kerajaan Negeri Selangor.

SALAM SUKSES, SALAM KEJAYAAN!

Friday, October 31, 2014

Perhimpunan Pagi BTM 31 Oktober 2014

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bersyukur kita pada hari ini kerana kakitangan BTM dapat berkumpul untuk Perhimpunan Pagi. Emcee bertugas ialah Puan Rosnah, dibantu oleh pembaca doa Encik Amirull Ashraf. Antara sedikit coretan nota dari perhimpunan kali ini seperti berikut :-

Dari Tuan SUB :-
1. Memaklumkan mengenai adanya Menteri Besar Selangor, iaitu YAB Tuan Azmin Ali, dan bahawa EXCO IT yang baru ialah YB Tuan Nik Nazmi.

2. Makluman bahawa Sukan SUK SeMalaysia untuk tahun 2014 akan dihoskan oleh Negeri Pulau Pinang. Dimaklumkan beberapa kakitangan BTM akan menyertai kejohanan tersebut yang akan berlangsung selama seminggu mulai 3 November 2014, iaitu :
- Tuan SUB - wakil Ping Pong
- Encik Radi - wakil Bowling
- Puan Nurhidayah Han - wakil Bowling
- CC Saref - wakil Badminton
- Encik Amir Hisham - bertugas sebagai jurugambar Kelab SUK Selangor

3. Mengingatkan kakitangan supaya bertanggungjawab tentang disiplin seperti kehadiran, cuti sakit, waktu rehat dan lain-lain.

4. Mengucapkan tahniah kepada kakitangan yang telah dinaikkan pangkat iaitu:
-Puan Zura : dari F41 kepada F44
-Puan Rahayu, Puan Roziena, Puan Rosnah & Encik Ruhaizat : dari F29 kepada F32

5. Mengingatkan kakitangan supaya mencukupkan latihan minima 7 hari setahun secepat mungkin kerana sudah memasuki bulan November. Kekurangan hari latihan boleh menjejaskan KPI BTM dan seterusnya Pejabat SUK juga

6. Mengumumkan kakitangan cemerlang bagi tempoh Julai-September iaitu Encik Muhamad Firdaus, PPTM dari Unit Keselamatan Dan Rangkaian

Makluman dari ketua unit:-
- Puan Zulashura memaklumkan Unit PA1 sedang menjalankan pengumpulan data hasil dari seluruh daerah negeri Selangor yang akan berlanjutan sehingga bulan November. Kerjasama dari Unit KNR amat diharapkan sepanjang proses tersebut dilaksanakan.
- Encik Radi mengingatkan supaya kakitangan mengemaskini buku log latihan terus kepada Encik Zullkefli. Seterusnya meminta update HRMIS untuk bahagian SKT/LNPT bagi tahun 2014

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada 2 pelajar praktikal yang akan menamatkan tempoh latihan di BTM iaitu saudari Nurhaziqa dan saudari Fara.

Majlis bersurai dan kakitangan meneruskan tugasan yang diamanahkan seperti biasa.

Friday, May 9, 2014

Team Citrine BTM Naib Juara acara Running 5S

Tahniah team citrine yg terdiri darpada Raj, Helmin, Zullkefli, Lili dan Azima...dinobatkan naib juara Running 5S
.