Wednesday, October 3, 2012

Perhimpunan Pagi 1 Oktober 2012

Perhimpunan diadakan pada jam 8.30 pagi pada hari Isnin, 1 Oktober 2012. Emcee bertugas ialah Encik Syakir. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Fazli. Seterusnya mengalu-alukan ucapan dan amanat oleh Setiausaha Bahagian, Tuan Haji Wahilman Bin Siwar. Beliau menyampaikan amanat dan seterusnya mempersilakan semua ketua unit untuk memberikan sebarang maklumat terkini dari unit masing-masing.

points to remember..

- Staf baru memperkenalkan diri : Encik Firdaus, Norlela, Norshahida..

- Anugerah pekerja terbaik akan dimulakan semula, yang akan diadakan 3 bulan sekali..unit kualiti akan mencadangkan cara penilaiannya

- Sebagai memenuhi keperluan ISO, akan diadakan perhimpunan bulanan seperti hari ini sebulan sekali dan diadakan catatan oleh unit kualiti

- Dari Puan KPSU : memohon kerjasama supaya kakitangan yang ingin mendapatkan tandatangan beliau untuk punch-card supaya mencatatkan alasan sekali

- Dari Puan Zulashura : makluman sedang laksanakan integrasi sistem2 tanah yang memerlukan beliau dan Cik Rahayu bertugas keluar ke pejabat-pejabat daerah

- Dari Puan Fara : makluman bahawa sistem e-quarters disiarkan hari ini (live mulai 1 Oktober 2012 iaitu URL rasmi : http://e-quarters.selangor.gov.my)

- Dari Puan Erni : makluman bahawa audit dalam akan diadakan..

- Dari Puan Jihan : makluman updating kaspersky masih dijalankan, mohon kerjasama untuk maklumkan komputer/server yang belum dikemaskini versi terbaru

- Makluman pertukaran pegawai SUK : semak pengesahan maklumat terkini dengan SUB

1. Pegawai Kewangan yg baru

2. TSUK Pembangunan yg baru

- Mengingatkan unit pentadbiran (fiza/cc) untuk memaklumkan kakitangan BTM hadir ke sesi stress-test seperti arahan BPSM

//maaf jika banyak tertinggal point yang lain, sebab tak bawa buku nota..so update yang nak dikongsi di sini, boleh terus komen atau emelkan roziena/rosnah. tq

No comments:

Post a Comment