Tuesday, December 6, 2011

Selamat Datang Juruaudit SIRIM

BTM Selangor mengucapkan selamat datang kepada dua juruaudit SIRIM pada 5 dan 6 Disember 2011. Audit ini ke arah persijilan ISO 9001:2008. Mesyuarat pembukaan telah diadakan pada 5 Disember bertempat di Bilik Mesyuarat BTM dengan dihadiri semua kakitangan.

Dua prosedur utama ialah
1. Pengurusan Aduan Helpdesk
2. Pengurusan Akaun E-mel

Semoga berjaya.

Selamat Tinggal Dan Selamat Maju Jaya Kepada Yusiha

Seorang staff yang berpengalaman, Puan Yusiha Ishak juga baru sahaja mengucapkan selamat tinggal kepada BTM dan ditempatkan ke Pejabat Daerah Kuala Selangor pada 1 Disember 2011. Terima kasih diucapkan atas khidmat yang diberikan selama berada di BTM.

Selamat Tinggal Dan Selamat Maju Jaya Kepada Yusri

Staff di bahagian pentadbiran, Mohd Yusri Bin Idris, telah menamatkan perkhidmatan di BTM baru-baru ini dan kini bertugas di syarikat swasta. Semoga masa depan beliau lebih cerah di tempat baru dan terus maju jaya. Terima kasih atas segala khidmat bakti yang pernah dicurahkan dan akan menjadi kenang-kenangan.

Pejabat SUK Selangor Termasuk 15 Jabatan Selangor Menerima Anugerah Laman Web Lima Bintang

Pada 1 Disember 2011, satu majlis penyampaian sijil anugerah laman web lima bintang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Sijil disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan. Majlis dibahagikan kepada 2 sesi - pagi dan petang - kerana tahun 2011 lebih banyak laman web memperoleh taraf lima bintang. Kita kongsikan cerita yang membanggakan - iaitu tahun ini menyaksikan 15 jabatan Selangor naik pentas berbanding hanya 5 pada tahun 2010.

Latar Belakang Penilaian Laman Web Sektor Awam Oleh MAMPU dan MDEC
(Malaysian Government Portals And Websites Assessment MGPWA)

Penilaian telah dimulakan sejak tahun 2005. Seiring dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Malaysia, pengurusan laman web kerajaan yang baik dijadikan salah satu kayu pengukur untuk kedudukan E-Kerajaan Malaysia dengan negara lain. Penilaian dilaksanakan dengan kerjasama MAMPU dan MDeC. Semenjak ia dimulakan, laman web jabatan kerajaan Selangor semakin diurus dengan baik dengan memberikan maklumat-maklumat terkini dengan susun atur yang sesuai untuk semua golongan pengguna selaras dengan kriteria antarabangsa. Sebagai contoh laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor telah dijadikan contoh oleh pelbagai jabatan negeri dan persekutuan sejak memperoleh tempat pertama dengan taraf 5 bintang sejak tahun 2006 dan kemudian diikuti dengan lebih banyak laman web jabatan kerajaan negeri Selangor memperbaiki markah masing-masing.

Bagi tahun 2011, penilaian dibahagikan kepada dua iaitu portal dan laman web. Keputusan telah dikeluarkan pada Oktober 2011 dengan melibatkan penilaian terhadap 1,091 portal dan laman web sektor awam seluruh Malaysia.

Dengan adanya penilaian ini, kriteria pemarkahan adalah rujukan antarabangsa telah dijadikan KPI untuk menyediakan laman web yang baik. Selain itu usaha ke arah inovasi laman web di Selangor diterajui oleh Bahagian Teknologi Maklumat Selangor dengan mengadakan seminar, bengkel dan klinik laman web bersama-sama jabatan negeri Selangor sejak tahun 2009 untuk memberikan kesedaran mengenai pengurusan laman web yang baik. Hasilnya dapat dilihat berdasarkan lebih banyak laman web jabatan negeri Selangor memperoleh penarafan 5 bintang pada tahun 2011 iaitu sebanyak 15 jabatan berbanding hanya 5 pada tahun 2010.







Tahniah kepada semua warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bersama 14 lagi jabatan Selangor berikut:-
Majlis Daerah Kuala Selangor
Majlis Perbandaran Sepang
Majlis Perbandaran Kajang
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Majlis Perbandaran Selayang
Majlis Bandaraya Shah Alam
Pejabat Tanah Dan Galian Selangor
Majlis Daerah Kuala Langat
Majlis Perbandaran Subang Jaya
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor
Majlis Daerah Hulu Selangor
Majlis Perbandaran Klang
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Majlis Daerah Sabak Bernam

Catatan ikhlas dari,
rosnahmiskan

Friday, October 21, 2011

BTM Di Tempat Ketiga Audit 5S

Hasil kerjasama semua staff menyisih, menyusun dan akhirnya membuang barang-barang lama yang tidak perlu di dalam pejabat kami, hasilnya kini pejabat lebih kemas dan memudahkan pencarian barang dan dokumen. Ini hasil kempen kesedaran 5S di Pejabat SUK Selangor yang dimulakan sejak bulan ____ 2011. Memang suntuk masa yang diberikan untuk Pejabat SUK mendapatkan persijilan 5S. Semuanya dibuat dalam masa singkat.

Memperkenalkan Foto Selangor

Layari http://foto.selangor.gov.my

Memperkenalkan Video Selangor

Layari http://video.selangor.gov.my

Klinik Laman Web Agensi Negeri Selangor 2011


Sebagai usaha meningkatkan taraf laman web Selangor dan jabatan-jabatan di negeri Selangor, sekali lagi BTM berusaha menjalinkan kerjasama dengan MAMPU dan MDEC untuk memberi kesedaran peri pentingnya mengurus laman web jabatan dengan baik kepada kakitangan sasaran kami, iaitu Webmaster atau pegawai yang terlibat secara langsung dalam mengemaskini laman web jabatan. Pada tahun 2011, tajuk acara diubah kepada "Klinik Laman Web" yang telah berjaya diadakan pada 20 Oktober 2011 bertempat di SACC Convention Centre, Shah Alam.



Kehadiran:-
(akan dikemaskini)

//Juga akan diceritakan tentang tempat acara kali ini yang hebat milik Kerajaan Negeri di lain post.

Portal Selangor Kekal 5 Bintang Tahun 2011


Alhamdulillah syukur, keputusan penilaian MGPWA 2011 telah berakhir dan keputusan sudah dikeluarkan pada Oktober 2011. Keputusan tahun ini kekal dengan taraf 5 bintang dengan peningkatan markah daripada 86 kepada 90 markah.
Berbaloi atas usaha keras Unit Web mengemaskini dan sentiasa mencari idea bagi meningkatkan mutu persembahan portal Selangor. Kekangan bajet seringkali menjadi halangan untuk mewujudkan perkhidmatan online yang lebih baik bagi Selangor tetapi kami akan sentiasa berusaha mempromosikan setiap perkhidmatan yang sedia ada supaya digunakan sepenuhnya. Dengan adanya pemarkahan dari penilaian laman web ini ia akan kami jadikan KPI dalam mengurus laman web yang baik.