Tuesday, December 4, 2012

Audit Oleh SIRIM 2012

Sesi Audit oleh juruaudit SIRIM berlangsung pada 3 & 4 Disembr 2012. Semua lapisan pegawai dan kakitangan memberikan kerjasama sebaiknya.

Thursday, November 29, 2012

TEAM BUILDING 2012


BENGKEL PEMBANGUNAN DAN PEMANTAPAN WARGA BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (TEAM BUILDING)
Tarikh : 13-15 Disember 2012 (Khamis-Sabtu)
Tempat : Hotel Rosa Pasadena, Cameron Highland
Kehadiran kakitangan BTM Selangor adalah DIWAJIBKAN.

Friday, October 19, 2012

Tahniah Pensijilan ISO BTM

Tahniah kepada semua kakitangan BTM di atas kejayaan mengekalkan pernsijilan MS ISO 9001:2008. Sehubungan itu pihak SIRIM telah menjemput Tuan Setiausaha Bahagian BTM sebagai wakil pengurusan BTM hadir ke Majlis Malam SIRIM-Industri 2012 yang akan diadakan pada 23 November 2012 di KL Convention Centre. Pada majlis ini akan disampaikan satu lagi Sijil Kecemerlangan.

Pensijilan MS ISO 9001 : 2008

Bahagian Teknologi Maklumat berusaha ke arah pensijilan MS ISO 9001 : 2008. Persiapan dan audit sedang giat dijalankan. Semoga berjaya.

Wednesday, October 3, 2012

Perhimpunan Pagi 1 Oktober 2012

Perhimpunan diadakan pada jam 8.30 pagi pada hari Isnin, 1 Oktober 2012. Emcee bertugas ialah Encik Syakir. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Fazli. Seterusnya mengalu-alukan ucapan dan amanat oleh Setiausaha Bahagian, Tuan Haji Wahilman Bin Siwar. Beliau menyampaikan amanat dan seterusnya mempersilakan semua ketua unit untuk memberikan sebarang maklumat terkini dari unit masing-masing.

points to remember..

- Staf baru memperkenalkan diri : Encik Firdaus, Norlela, Norshahida..

- Anugerah pekerja terbaik akan dimulakan semula, yang akan diadakan 3 bulan sekali..unit kualiti akan mencadangkan cara penilaiannya

- Sebagai memenuhi keperluan ISO, akan diadakan perhimpunan bulanan seperti hari ini sebulan sekali dan diadakan catatan oleh unit kualiti

- Dari Puan KPSU : memohon kerjasama supaya kakitangan yang ingin mendapatkan tandatangan beliau untuk punch-card supaya mencatatkan alasan sekali

- Dari Puan Zulashura : makluman sedang laksanakan integrasi sistem2 tanah yang memerlukan beliau dan Cik Rahayu bertugas keluar ke pejabat-pejabat daerah

- Dari Puan Fara : makluman bahawa sistem e-quarters disiarkan hari ini (live mulai 1 Oktober 2012 iaitu URL rasmi : http://e-quarters.selangor.gov.my)

- Dari Puan Erni : makluman bahawa audit dalam akan diadakan..

- Dari Puan Jihan : makluman updating kaspersky masih dijalankan, mohon kerjasama untuk maklumkan komputer/server yang belum dikemaskini versi terbaru

- Makluman pertukaran pegawai SUK : semak pengesahan maklumat terkini dengan SUB

1. Pegawai Kewangan yg baru

2. TSUK Pembangunan yg baru

- Mengingatkan unit pentadbiran (fiza/cc) untuk memaklumkan kakitangan BTM hadir ke sesi stress-test seperti arahan BPSM

//maaf jika banyak tertinggal point yang lain, sebab tak bawa buku nota..so update yang nak dikongsi di sini, boleh terus komen atau emelkan roziena/rosnah. tq

Ngetest Windows 8

Nak cuba bagaimana rupanya OS Windows 8? Sudah siap untuk dicuba di 2 buah komputer yang kita gunakan sebagai kiosk pengunjung yang terletak di lobi Pejabat S.U.K. Selangor. Sesiapa yang berkelapangan bolehlah cuba klik menu Windows dengan ciri-ciri ala smartphone ini. Jadi akan datang tak ler terkejut apabila upgrade komputer pejabat kepada Windows 8.
Ops tapi komputer kat sini bukan touch screen tau, kena klik mouse tu macam biasa :-)


Kiosk untuk pengunjung melayari internet di lobi Bangunan SSAAS Shah Alam

Windows 8 untuk percubaan di kiosk



Kredit terima kasih info ini dari juruteknik Amirhisham :-)

Friday, February 17, 2012

Perhimpunan Pagi 17 Feb 2012

Salam jumaat, berikut ringkasan dari perhimpunan pagi pertama kali yang diadakan bagi tahun 2012.

Dari KPSU, Puan Fouziah : Makluman mengenai target BTM tahun ini untuk mendapatkan pensijilan terbaru dari SIRIM iaitu ISMS. Skop yang dikenalpasti ialah pengurusan rangkaian. Selain bertujuan mendapatkan pensijilan, ia juga berguna untuk mengkaji prestasi kerja BTM.

Dari PSU, Puan Zulashura : Unit Aplikasi sedang melaksanakan integrasi bagi sistem tanah bagi 6 pejabat daerah. Makluman juga bahawa beliau, Encik Shahrizal dan Cik Rahayu akan menghadiri kursus audit 5S bagi memantapkan lagi usaha ke arah pensijilan 5S bagi Pejabat SUK Selangor yang dijangka boleh diperolehi pada bulan Mei ini.

Dari SUB, Tuan Haji Wahilman :
- Makluman bahawa BTM akan kekurangan 2 lagi pegawai dalam masa terdekat ini iaitu, Puan Adelin akan melanjutkan pelajaran ke peringkat master dan Encik Solihin yang akan menamatkan kontrak beliau di BTM dan akan berkhidmat dengan anak syarikat kerajaan negeri.
- Makluman mengenai pertukaran portfolio antara PSU berikut, yang bertujuan mempelbagaikan skill dan pengalaman iaitu PSU KNR1 dengan KNR2, dan PSU Web dengan PSU PA2.
- Ucapan terima kasih dan tahniah kepada team ISO dan semua warga kerja yg terlibat dalam menjayakan pensijilan ISO 9001:2000 yang lalu.
- SKT 2012 Pejabat SUK dan retreat exco sudah diadakan minggu lepas. Maka diharapkan sasaran kerja dapat dilaksanakan.
- Majlis Bacaan Yasin Bersama YB SUK akan diadakan secara giliran hos oleh Bahagian-bahagian SUK, pada setiap pagi Jumaat jam 8.15 pagi - 8.25 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 19. Diharapkan semua staf BTM dapat turut serta dan bersedia apabila diperlukan menjadi hos.
- Program 5S di BTM akan dilaksanakan semula setelah lama tertangguh, dengan mengadakan gotong royong bagi ruang kerja dan kawasan zon dalam BTM hari ini.
- Makluman bahawa sidang dewan pertama tahun ini akan bermula pada 19 Mac 2012. Diharapkan staf terlibat dapat membuat persiapan yg diperlukan seperti keperluan IM di dalam dewan persidangan, live streaming bersama CCSB dan lain-lain tugasan berkaitan.
- Sebagai iktibar yang berguna, semua diingatkan supaya menepati masa dalam pelbagai urusan dan mengadakan mesyuarat.

Majlis hari ini dihiasi dengan nasi lemak Pak Ayob (lokasi:pasar seksyen 6) dan terus melaksanakan sesi gotong royong BTM.


Nota : Diharap ketiadaan mereka yang pergi akan cepat berganti memandangkan tugasan BTM yang tak putus-putus dan tak pernah cukup tangan. Masih banyak lagi kekosongan yang tak berganti. Agaknya staf tak pernah mengeluh melaksanakan beban tugas yang semakin berganda sampai tak perasan organisasi pun dah semakin mengecil sebab tak cukup orang. Bagus ke tak bagus untuk pembangunan sebuah BTM tak pastilah. Semoga JPA hantar cepat staf F baru atau list yang mungkin sedang menunggu nak berkhidmat di BTM Selangor. Kami tak cukup orang ni.

Monday, February 13, 2012

SKT 2012

Para delegasi dari BTM sudah kembali dari Bengkel Sasaran Kerja Tahunan 2012 Peringkat Pejabat SUK Selangor selama 3 hari di Pulau Langkawi dari 8 hingga 10 Februari 2012. Semoga SKT BTM tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga belanjawan yang sudah diperuntukkan dibelanjakan dengan berhemah demi meneruskan kesinambungan projek yang sudah dibawa dari tahun sebelumnya.

Knowledge Sharing Bil.2/2012

Tajuk : “Seminar Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat - ISO/IEC 27001 (i-SMS)”
Penceramah : SIRIM QAS International Sdn Bhd
Tarikh : 16 Februari 2012 (Khamis)
Masa : 9.00 - 11.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Buginvilla, BTM, Tingkat 2, Bangunan SSAAS
Surat jemputan kepada jabatan negeri yang terlibat sudah dikeluarkan.

Knowledge Sharing Bilangan 1/2012

Tajuk : “Are you ready to beat the hackers? - Could your organization be the next cyber victim"
Penceramah : EC-Council Academy Sdn Bhd
Tarikh : 2 Februari 2012 (Khamis)
Masa : 9.00 - 11.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Buginvilla, BTM, Tingkat 2, Bangunan SSAAS