Friday, October 31, 2014

Perhimpunan Pagi BTM 31 Oktober 2014

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bersyukur kita pada hari ini kerana kakitangan BTM dapat berkumpul untuk Perhimpunan Pagi. Emcee bertugas ialah Puan Rosnah, dibantu oleh pembaca doa Encik Amirull Ashraf. Antara sedikit coretan nota dari perhimpunan kali ini seperti berikut :-

Dari Tuan SUB :-
1. Memaklumkan mengenai adanya Menteri Besar Selangor, iaitu YAB Tuan Azmin Ali, dan bahawa EXCO IT yang baru ialah YB Tuan Nik Nazmi.

2. Makluman bahawa Sukan SUK SeMalaysia untuk tahun 2014 akan dihoskan oleh Negeri Pulau Pinang. Dimaklumkan beberapa kakitangan BTM akan menyertai kejohanan tersebut yang akan berlangsung selama seminggu mulai 3 November 2014, iaitu :
- Tuan SUB - wakil Ping Pong
- Encik Radi - wakil Bowling
- Puan Nurhidayah Han - wakil Bowling
- CC Saref - wakil Badminton
- Encik Amir Hisham - bertugas sebagai jurugambar Kelab SUK Selangor

3. Mengingatkan kakitangan supaya bertanggungjawab tentang disiplin seperti kehadiran, cuti sakit, waktu rehat dan lain-lain.

4. Mengucapkan tahniah kepada kakitangan yang telah dinaikkan pangkat iaitu:
-Puan Zura : dari F41 kepada F44
-Puan Rahayu, Puan Roziena, Puan Rosnah & Encik Ruhaizat : dari F29 kepada F32

5. Mengingatkan kakitangan supaya mencukupkan latihan minima 7 hari setahun secepat mungkin kerana sudah memasuki bulan November. Kekurangan hari latihan boleh menjejaskan KPI BTM dan seterusnya Pejabat SUK juga

6. Mengumumkan kakitangan cemerlang bagi tempoh Julai-September iaitu Encik Muhamad Firdaus, PPTM dari Unit Keselamatan Dan Rangkaian

Makluman dari ketua unit:-
- Puan Zulashura memaklumkan Unit PA1 sedang menjalankan pengumpulan data hasil dari seluruh daerah negeri Selangor yang akan berlanjutan sehingga bulan November. Kerjasama dari Unit KNR amat diharapkan sepanjang proses tersebut dilaksanakan.
- Encik Radi mengingatkan supaya kakitangan mengemaskini buku log latihan terus kepada Encik Zullkefli. Seterusnya meminta update HRMIS untuk bahagian SKT/LNPT bagi tahun 2014

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada 2 pelajar praktikal yang akan menamatkan tempoh latihan di BTM iaitu saudari Nurhaziqa dan saudari Fara.

Majlis bersurai dan kakitangan meneruskan tugasan yang diamanahkan seperti biasa.

Friday, May 9, 2014

Team Citrine BTM Naib Juara acara Running 5S

Tahniah team citrine yg terdiri darpada Raj, Helmin, Zullkefli, Lili dan Azima...dinobatkan naib juara Running 5S
.

Monday, April 28, 2014

Kumpulan Citrine mewakili BTM dalam program Running 5S SUK Selangor

Pada tahun ini ada program baru anjuran Jawatankuasa Promosi Induk 5S, Pejabat SUK Selangor iaitu program ala info-hunt dinamakan "Running 5S"
Dan salah satu syarat untuk dapat markah bonus ialah menyediakan Montaj khas kumpulan yang bertanding untuk mendapatkan Likers terbanyak supaya menjadi popular di kalangan peserta. Tujuan penyediaan montaj adalah bagi memeriahkan promosi program sebelum acara sebenar berlangsung pada 30 April 2014. Jadi hari ini montaj sudah di-upload ke Facebook rasmi SUKSelangor5S dan tak sangka dalam masa tak sampai sejam sudah dilihat oleh lebih 200 pengunjung!
Kemudian sepanjang acara pada 30 April pula pengunjung Facebook tersebut akan terus mengikuti perjalanan kumpulan ini secara langsung melalui Facebook iaitu melalui status update dan gambar "selfie" yang di-upload spontan setiap kali mereka berjaya melaksanakan tugasan di beberapa Checkpoint info-hunt yang perlu dihabiskan. Cara pelaksanaan program secara langsung ini julung kali diadakan di SUK Selangor. Penyertaan semua lapisan pegawai dan kakitangan akan menyemarakkan lagi semangat kerjasama dalam pelaksanaan 5S secara berpanjangan. 

Penyertaan BTM dalam program Running 5S 2014

Wednesday, April 23, 2014

Tahniah Pekerja Cemerlang Tahun 2014 - Nor Shahida Binti Azizan

Tahniah kepada Puan Nor Shahida Binti Azizan dari Unit Pentadbiran BTM kerana terpilih sebagai pekerja cemerlang bagi bulan Januari - April 2014. Pengumuman dibuat semasa perhimpunan pagi BTM pada 22 April 2014. Semoga kekal cemerlang di tahun ini. Semoga ciri-ciri disiplin dan semangat kerjasama yang tinggi menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain di unit pentadbiran serta seluruh warga kerja BTM. Tugasan beliau memang mencabar kerana memerlukan komitmen yang tinggi untuk melaksanakan proses kerja penyediaan LO, dan lain-lain hal ehwal kewangan yang diketahui memang banyak prosedurnya lebih-lebih lagi biasanya memerlukan tindakan segera. Haha tu belum lagi cover kerja-kerja pentadbiran, komitmen 5S..Selamat maju jaya Shida!