Wednesday, July 24, 2013

Tahniah pekerja cemerlang bagi bulan julai 2013

Tahniah kepada cik Norlela binti mohamad ismail, telah terpilih sebagai pekerja cemerlang bagi bulan julai 2013

Monday, June 24, 2013

Sesi Audit Persijilan 5S 24 Jun 2013

Hari ini semua kakitangan berpakaian TShirt merah tanda semangat berpasukan ke arah persijilan 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Audit diadakan pada 24 Jun 2013. Pejabat SUK Selangor didatangi 2 orang panel juruaudit dari MPC iaitu Encik Zainudin dan Puan Ati Djam Seri Montoi yang seterusnya akan dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut bahagian-bahagian yang ada di Pejabat SUK. Juruaudit untuk BTM ialah Puan Ati Djam. Taklimat pembukaan berlangsung pada jam 9 pagi, seterusnya sesi audit dokumentasi dijalankan terlebih dahulu. Banyak juga teguran yang diberikan kepada dokumentasi 5S milik BTM untuk penambahbaikan. Puan Ati dijangka melawat ke BTM pada sebelah petang..


Tuesday, May 7, 2013

Amalan 5S Di BTM

Bahagian Teknologi Maklumat mengetuai ZON CITRINE bagi Amalan QE/5S di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Untuk mengetahui cerita di peringkat induk boleh lihat maklumat lanjut dan garis panduan di Blog 5S Pejabat SUK Selangor. Di BTM, asas amalan 5S sememangnya sangat baik kerana telah mengubah persekitaran kerja yang lebih tersusun, kemas dan suasana kerja yang lebih baik. Pada awalnya sangat sukar menyusun peralatan membaiki komputer, mengemaskan wayar yang berselirat dan mengasingkan barang-barang yang tidak digunakan. Namun selepas memahami maksud Amalan SISIH dan sedikit demi sedikit amalan ini diteruskan dari semasa ke semasa, barulah nampak keberkesanannya. Kalau nak tahu, kita boleh lihat gambar sebelum dan selepas di beberapa bahagian pejabat kami ini sebagai rujukan. Yang elok bolehlah dijadikan panduan jika tempat anda juga lebih kepada kerja teknikal seperti kami. Yang tak elok atau masih kekurangan bolehlah dijadikan iktibar untuk penambahbaikan ya :-)

(gambar akan ditambah kemudian..)

Thursday, April 18, 2013

Intranet Sharepoint Pejabat SUK Selangor

Salam Bahagia..BTM sudah siap untuk LIVE dan memeriahkan penggunaan Intranet, hanya untuk kakitangan Pejabat SUK Selangor sahaja :-)
Kepada kakitangan, sila Log Masuk ke Intranet Pejabat SUK Selangor menggunakan ID Emel SUK Selangor ya! Sesi taklimat cara penggunaannya diadakan mengikut Bahagian SUK yang diadakan sepanjang Bulan April 2013 di Makmal Cyber BTM.

http://intranet.selangor.gov.my

Nota penting : Hanya kakitangan Pejabat SUK Selangor yang sudah diberikan ID E-mel sahaja diberikan akses masuk. Jika ada masalah untuk Log Masuk sila berhubung dengan Unit Pembangunan Aplikasi 2, BTM. Telefon 03-55447442 atau e-mel ke g_paii(at)selangor.gov.my
Jika anda kakitangan baru, sila buat permohonan ID E-mel melalui pengesahan Setiausaha Bahagian masing-masing.

Friday, March 8, 2013

Selamat Datang Kakitangan Baru

Salam sejahtera. Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Datang kepada kakitangan baru ke BTM Selangor.

Puan Tarina Binti Tajul Arus
Jawatan : Penolong Setiausaha (Unit Operasi)

dan

Encik Tiagu Chilappan
Jawatan : Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Unit Aplikasi 1)

Selamat maju jaya :-)

Thursday, January 3, 2013

Sistem Helpdesk BTM mula digunakan 2013

Salam tahun baru 2013. Tahun ini team Helpdesk BTM akan menggunakan sepenuhnya sistem aplikasi ini bagi mengendalikan Aduan Baru. Sistem ini membolehkan BTM berinteraksi dengan pengadu melalui kemaskini status aduan. Sistem ini juga meliputi keperluan ISO pengurusan Helpdesk di mana memenuhi kriteria borang dan aliran sistem (workflow).

Selain menjadi pusat aduan kerosakan komputer dan yang berkaitan, ada juga ruangan FAQ yang menjadi seperti "Knowledge Bank". Juruteknik kami akan mengisi sendiri ruangan FAQ bagi berkongsi tutorial ringkas cara-cara menyelesaikan masalah komputer yang kerap berlaku. Smeoga perkongsian ilmu itu akan bermanfaat dan menjadikan budaya senggara di kalangan warga SUK Selangor. Nampak tak harapan supaya bukan hanya celik komputer tapi mahir komputer :-)

Untuk tujuan hebahan, surat pekeliling juga sudah dikeluarkan.

Kakitangan cemerlang 2012

Tahniah Nurhelmin Bin Othman, kerana dipilih sebagai kakitangan cemerlang 2012. Memang sesuai kerana berjaya mengendalikan banyak sistem aplikasi (dan memastikan sistem up and alive setiap hari). pening ke tidak kena tanya sendiri tuan punya badan :-) Sekali lagi tahniah ya.


Selamat Datang Puan Tarina

Selamat datang dan tahniah kepada pegawai baru kami, Puan Tarina Binti Tajul Arus, dan tahniah atas pelantikan sebagai Pegawai Teknologi Maklumat gred F41. mulai 2 Januari 2013.


//err gambar kita tambah kemudian yer :-)