Tuesday, May 7, 2013

Amalan 5S Di BTM

Bahagian Teknologi Maklumat mengetuai ZON CITRINE bagi Amalan QE/5S di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Untuk mengetahui cerita di peringkat induk boleh lihat maklumat lanjut dan garis panduan di Blog 5S Pejabat SUK Selangor. Di BTM, asas amalan 5S sememangnya sangat baik kerana telah mengubah persekitaran kerja yang lebih tersusun, kemas dan suasana kerja yang lebih baik. Pada awalnya sangat sukar menyusun peralatan membaiki komputer, mengemaskan wayar yang berselirat dan mengasingkan barang-barang yang tidak digunakan. Namun selepas memahami maksud Amalan SISIH dan sedikit demi sedikit amalan ini diteruskan dari semasa ke semasa, barulah nampak keberkesanannya. Kalau nak tahu, kita boleh lihat gambar sebelum dan selepas di beberapa bahagian pejabat kami ini sebagai rujukan. Yang elok bolehlah dijadikan panduan jika tempat anda juga lebih kepada kerja teknikal seperti kami. Yang tak elok atau masih kekurangan bolehlah dijadikan iktibar untuk penambahbaikan ya :-)

(gambar akan ditambah kemudian..)