Thursday, January 3, 2013

Sistem Helpdesk BTM mula digunakan 2013

Salam tahun baru 2013. Tahun ini team Helpdesk BTM akan menggunakan sepenuhnya sistem aplikasi ini bagi mengendalikan Aduan Baru. Sistem ini membolehkan BTM berinteraksi dengan pengadu melalui kemaskini status aduan. Sistem ini juga meliputi keperluan ISO pengurusan Helpdesk di mana memenuhi kriteria borang dan aliran sistem (workflow).

Selain menjadi pusat aduan kerosakan komputer dan yang berkaitan, ada juga ruangan FAQ yang menjadi seperti "Knowledge Bank". Juruteknik kami akan mengisi sendiri ruangan FAQ bagi berkongsi tutorial ringkas cara-cara menyelesaikan masalah komputer yang kerap berlaku. Smeoga perkongsian ilmu itu akan bermanfaat dan menjadikan budaya senggara di kalangan warga SUK Selangor. Nampak tak harapan supaya bukan hanya celik komputer tapi mahir komputer :-)

Untuk tujuan hebahan, surat pekeliling juga sudah dikeluarkan.

Kakitangan cemerlang 2012

Tahniah Nurhelmin Bin Othman, kerana dipilih sebagai kakitangan cemerlang 2012. Memang sesuai kerana berjaya mengendalikan banyak sistem aplikasi (dan memastikan sistem up and alive setiap hari). pening ke tidak kena tanya sendiri tuan punya badan :-) Sekali lagi tahniah ya.


Selamat Datang Puan Tarina

Selamat datang dan tahniah kepada pegawai baru kami, Puan Tarina Binti Tajul Arus, dan tahniah atas pelantikan sebagai Pegawai Teknologi Maklumat gred F41. mulai 2 Januari 2013.


//err gambar kita tambah kemudian yer :-)