Monday, June 24, 2013

Sesi Audit Persijilan 5S 24 Jun 2013

Hari ini semua kakitangan berpakaian TShirt merah tanda semangat berpasukan ke arah persijilan 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Audit diadakan pada 24 Jun 2013. Pejabat SUK Selangor didatangi 2 orang panel juruaudit dari MPC iaitu Encik Zainudin dan Puan Ati Djam Seri Montoi yang seterusnya akan dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut bahagian-bahagian yang ada di Pejabat SUK. Juruaudit untuk BTM ialah Puan Ati Djam. Taklimat pembukaan berlangsung pada jam 9 pagi, seterusnya sesi audit dokumentasi dijalankan terlebih dahulu. Banyak juga teguran yang diberikan kepada dokumentasi 5S milik BTM untuk penambahbaikan. Puan Ati dijangka melawat ke BTM pada sebelah petang..