Monday, April 28, 2014

Kumpulan Citrine mewakili BTM dalam program Running 5S SUK Selangor

Pada tahun ini ada program baru anjuran Jawatankuasa Promosi Induk 5S, Pejabat SUK Selangor iaitu program ala info-hunt dinamakan "Running 5S"
Dan salah satu syarat untuk dapat markah bonus ialah menyediakan Montaj khas kumpulan yang bertanding untuk mendapatkan Likers terbanyak supaya menjadi popular di kalangan peserta. Tujuan penyediaan montaj adalah bagi memeriahkan promosi program sebelum acara sebenar berlangsung pada 30 April 2014. Jadi hari ini montaj sudah di-upload ke Facebook rasmi SUKSelangor5S dan tak sangka dalam masa tak sampai sejam sudah dilihat oleh lebih 200 pengunjung!
Kemudian sepanjang acara pada 30 April pula pengunjung Facebook tersebut akan terus mengikuti perjalanan kumpulan ini secara langsung melalui Facebook iaitu melalui status update dan gambar "selfie" yang di-upload spontan setiap kali mereka berjaya melaksanakan tugasan di beberapa Checkpoint info-hunt yang perlu dihabiskan. Cara pelaksanaan program secara langsung ini julung kali diadakan di SUK Selangor. Penyertaan semua lapisan pegawai dan kakitangan akan menyemarakkan lagi semangat kerjasama dalam pelaksanaan 5S secara berpanjangan. 

Penyertaan BTM dalam program Running 5S 2014

Wednesday, April 23, 2014

Tahniah Pekerja Cemerlang Tahun 2014 - Nor Shahida Binti Azizan

Tahniah kepada Puan Nor Shahida Binti Azizan dari Unit Pentadbiran BTM kerana terpilih sebagai pekerja cemerlang bagi bulan Januari - April 2014. Pengumuman dibuat semasa perhimpunan pagi BTM pada 22 April 2014. Semoga kekal cemerlang di tahun ini. Semoga ciri-ciri disiplin dan semangat kerjasama yang tinggi menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain di unit pentadbiran serta seluruh warga kerja BTM. Tugasan beliau memang mencabar kerana memerlukan komitmen yang tinggi untuk melaksanakan proses kerja penyediaan LO, dan lain-lain hal ehwal kewangan yang diketahui memang banyak prosedurnya lebih-lebih lagi biasanya memerlukan tindakan segera. Haha tu belum lagi cover kerja-kerja pentadbiran, komitmen 5S..Selamat maju jaya Shida!