Sejarah Jabatan

SEJARAH NAMA DAN PERANAN

Pusat Komputer = Pusat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Negeri Selangor = Bahagian Teknologi Maklumat

Bahagian ini mula ditubuhkan dengan nama Pusat Komputer, iaitu satu bahagian di bawah pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Tujuannya untuk menyokong keperluan membekal dan mengurus peralatan komputer. Sepertimana sejarah komputer di Malaysia yang sedang berkembang pesat ketika era 1980-an, fungsi Pusat Komputer juga lebih bertumpu kepada memodenkan prasarana pejabat kerajaan dalam Pejabat SUK Negeri Selangor dan jabatan yang dinaungi iaitu pejabat-pejabat daerah dan jabatan negeri yang masih belum mempunyai unit komputer sendiri.

Pada tahun 2000, era baru komputer di Malaysia bukan lagi kepada alat atau prasarana, tetapi perkembangan era ICT seimbang dengan era Internet. Ini menyaksikan wujudnya pelbagai sistem berkomputer, semakin banyak kesedaran mewujudkan laman web dengan maklumat mengenai jabatan kerajaan dan perkhidmatan kepada rakyat, dan pelbagai lagi pengaruh ICT dalam kehidupan. Seiring dengan itu nama ditukar kepada Pusat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Negeri Selangor (mudah diingat sebagai Pusat ICT Selangor). Fungsi bahagian ini juga diperluaskan sehingga bukan lagi untuk menyokong ICT di pentadbiran Kerajaan Negeri tetapi sehingga kepada program ICT dalam komuniti. Sebuah unit kecil juga ditubuhkan iaitu Unit E-Komuniti. Kakitangan dan pegawai ICT Negeri Selangor juga tidak lagi sekadar memberikan khidmat di peabat tetapi turun padang kepada segenap pelusuk kampung demi menyokong kelas-kelas dan kempen kesedaran ICT kepada setiap lapisan masyarakat.

Kembali kepada nama Bahagian Teknologi Maklumat, yang mana dikhususkan kembali kepada menyokong fungsi-fungsi ICT di dalam pentadbiran SUK Negeri Selangor. Unit E-Komuniti juga tidak lagi diperlukan kerana telah banyak jabatan kerajaan, NGO dan pelbagai kumpulan masyarakat mendokong usaha ICT di dalam komuniti masing-masing. Kami masih memberikan sokongan kepada mana-mana kumpulan dan individu di Selangor yang ingin menaikkan program ICT di Selangor.


------

Lagu ICT (2000) sini : http://soundcloud.com/ictselangor/laguictmaju2005-1