Profail Visi Misi

Profail Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

1) Fungsi & Aktiviti Utama

Fungsi Utama BTM ialah:
a) Membangun dan menyelenggara sistem aplikasi.

b) Mengurus aduan Helpdesk.

c) Menyedia dan menyelenggara infrastruktur/infostruktur ICT.

d) Melaksana program pembudayaan ICT kepada warga Selangor.

e) Melaksana program latihan ICT kepada warga kerja Pejabat SUK Selangor.

f) Membantu Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor menyediakan input dalam membuat Dasar ICT.

g) Mengurus aset dan inventori ICT.

h) Memberi khidmat nasihat berkenaan ICT kepada lain-lain jabatan/agensi.

i) Mengurus  rangkaian dan keselamatan ICT.

j) Mengurus hal-hal pentadbiran dan kewangan BTM.



2) Visi
Bahagian Teknologi Maklumat peneraju kerajaan elektronik, berteknologi dan berinovasi.


3) Misi
Memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan berteraskan ICT yang efisien, efektif dan berkualiti.


4) Piagam Pelanggan

a) Memastikan tahap kualiti perkhidmatan rangkaian beroperasi sekurang-kurangnya 99% dalam sebulan.

b) Memastikan sistem aplikasi beroperasi sekurang-kurangnya 95% sebulan.

c) Memastikan permohonan, kemas kini dan penutupan akaun e-mel dapat diselesaikan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

d) Perkhidmatan aduan Helpdesk akan diambil tindakan selewat-lewatnya 4 jam waktu bekerja selepas aduan diterima.

e) Menyiapkan kelulusan teknikal untuk perolehan ICT/Rangkaian/Aplikasi daripada jabatan/agensi Kerajaan Negeri dalam tempoh 14 hari bekerja.

f) Mengemaskini laman web sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan diterima.



5) Objektif Kualiti

1 - Pengurusan Akaun E-mel
1.1 Memastikan permohonan, kemas kini dan penutupan akaun e-mel dapat diselesaikan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
1.2 Memastikan “housekeeping” akaun e-mel dilaksanakan sekali dalam tempoh 12 bulan.

2 - Pengurusan Aduan Helpdesk
2.1 Memastikan aduan diambil tindakan sewajarnya dalam tempoh selewat-lewatnya 4 jam waktu pejabat selepas aduan diterima.

3- Pengurusan Maklumat Portal Selangor

4- Pengurusan Backup


*Objektif Kualiti tersebut adalah termasuk di dalam persijilan ISO Pejabat SUK Selangor
(Maklumat Sehingga 1 Jun 2016)

No comments:

Post a Comment