Friday, October 19, 2012

Tahniah Pensijilan ISO BTM

Tahniah kepada semua kakitangan BTM di atas kejayaan mengekalkan pernsijilan MS ISO 9001:2008. Sehubungan itu pihak SIRIM telah menjemput Tuan Setiausaha Bahagian BTM sebagai wakil pengurusan BTM hadir ke Majlis Malam SIRIM-Industri 2012 yang akan diadakan pada 23 November 2012 di KL Convention Centre. Pada majlis ini akan disampaikan satu lagi Sijil Kecemerlangan.

Pensijilan MS ISO 9001 : 2008

Bahagian Teknologi Maklumat berusaha ke arah pensijilan MS ISO 9001 : 2008. Persiapan dan audit sedang giat dijalankan. Semoga berjaya.

Wednesday, October 3, 2012

Perhimpunan Pagi 1 Oktober 2012

Perhimpunan diadakan pada jam 8.30 pagi pada hari Isnin, 1 Oktober 2012. Emcee bertugas ialah Encik Syakir. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Fazli. Seterusnya mengalu-alukan ucapan dan amanat oleh Setiausaha Bahagian, Tuan Haji Wahilman Bin Siwar. Beliau menyampaikan amanat dan seterusnya mempersilakan semua ketua unit untuk memberikan sebarang maklumat terkini dari unit masing-masing.

points to remember..

- Staf baru memperkenalkan diri : Encik Firdaus, Norlela, Norshahida..

- Anugerah pekerja terbaik akan dimulakan semula, yang akan diadakan 3 bulan sekali..unit kualiti akan mencadangkan cara penilaiannya

- Sebagai memenuhi keperluan ISO, akan diadakan perhimpunan bulanan seperti hari ini sebulan sekali dan diadakan catatan oleh unit kualiti

- Dari Puan KPSU : memohon kerjasama supaya kakitangan yang ingin mendapatkan tandatangan beliau untuk punch-card supaya mencatatkan alasan sekali

- Dari Puan Zulashura : makluman sedang laksanakan integrasi sistem2 tanah yang memerlukan beliau dan Cik Rahayu bertugas keluar ke pejabat-pejabat daerah

- Dari Puan Fara : makluman bahawa sistem e-quarters disiarkan hari ini (live mulai 1 Oktober 2012 iaitu URL rasmi : http://e-quarters.selangor.gov.my)

- Dari Puan Erni : makluman bahawa audit dalam akan diadakan..

- Dari Puan Jihan : makluman updating kaspersky masih dijalankan, mohon kerjasama untuk maklumkan komputer/server yang belum dikemaskini versi terbaru

- Makluman pertukaran pegawai SUK : semak pengesahan maklumat terkini dengan SUB

1. Pegawai Kewangan yg baru

2. TSUK Pembangunan yg baru

- Mengingatkan unit pentadbiran (fiza/cc) untuk memaklumkan kakitangan BTM hadir ke sesi stress-test seperti arahan BPSM

//maaf jika banyak tertinggal point yang lain, sebab tak bawa buku nota..so update yang nak dikongsi di sini, boleh terus komen atau emelkan roziena/rosnah. tq

Ngetest Windows 8

Nak cuba bagaimana rupanya OS Windows 8? Sudah siap untuk dicuba di 2 buah komputer yang kita gunakan sebagai kiosk pengunjung yang terletak di lobi Pejabat S.U.K. Selangor. Sesiapa yang berkelapangan bolehlah cuba klik menu Windows dengan ciri-ciri ala smartphone ini. Jadi akan datang tak ler terkejut apabila upgrade komputer pejabat kepada Windows 8.
Ops tapi komputer kat sini bukan touch screen tau, kena klik mouse tu macam biasa :-)


Kiosk untuk pengunjung melayari internet di lobi Bangunan SSAAS Shah Alam

Windows 8 untuk percubaan di kiosk



Kredit terima kasih info ini dari juruteknik Amirhisham :-)